Belajar jadi Guru

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN

Posted on: January 12, 2011


Download:Pendekatan Pembelajaran

Sumber: Negeri Ipin dan Upin

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN

Oleh:

Ahmad Fuad Muhammad

ABSTRAK

Sesi ketiga ini akan memperkenalkan secara ringkas kepada para peserta latihan beberapa pandangan atau Pendekatan Pengajaran yang lebih bersifat “learner-centered” melalui psikologi pembelajaran. Ianya merangkumi penjelasan akan prinsip-prinsip pembelajaran dan implikasinya kepada pengajaran/latihan, prinsip-prinsip asas latihan, teori-teori penting dalam pendidikan dan latihan (Teori Pembelajaran Tingkahlaku, Teori Pembelajaran Kognitif, dan Teori Pembelajaran Sosial) yang menjadi asas pendekatan tersebut. Sesi ini juga akan membicarakan beberapa contoh Strategi Pengajaran sama ada “teacher-centered” berpusatkan pengajar atau “learner-centered” berpusatkan pelajar seperti syarahan (lectures), perbincangan kumpulan (group discussions), kajian kes (case studies), dan lain-lain.


PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN[1]

Oleh:

Ahmad Fuad Muhammad[2]

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan masakini terutamanya bidang disiplin pengajaran-pembelajaran amat menakjubkan sekali hasil daripada penyelidikan dan kemajuan dalam teknologi pendidikan. Sebagai ahli akademik/tenaga pengajar universiti kita harus peka terhadap perubahan-perubahan tersebut supaya sentiasa pro-aktif dalam usaha mempertingkatkan tahap profesyenalisme untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Sesi ketiga ini akan memperkenalkan secara ringkas kepada para peserta latihan beberapa pandangan atau Pendekatan Pengajaran yang lebih bersifat “learner-centered” melalui psikologi pembelajaran. Ianya merangkumi penjelasan akan prinsip-prinsip asas latihan, prinsip-prinsip pembelajaran dan implikasinya kepada pengajaran/latihan, teori-teori penting dalam pendidikan dan latihan (Teori Pembelajaran Tingkahlaku, Teori Pembelajaran Kognitif, dan Teori Pembelajaran Sosial) yang menjadi asas pendekatan tersebut.

Sesi ini juga akan membicarakan beberapa contoh Strategi Pengajaran sama ada “teacher/trainer-centered” berpusatkan pengajar atau “learner-centered” berpusatkan pelajar seperti syarahan/kuliah (lectures), perbincangan kumpulan (group discussions), kajian kes (case studies), dan lain-lain.

Objektif Pencapaian Peserta (Participant Performance Objectives)

Setelah tamat sesi ini, anda akan:

1.  Memahami serta menerangkan beberapa prinsip asas latihan,

2.   Memahami serta menerangkan beberapa prinsip utama pembelajaran dan

implikasinya kepada pengajaran,

3.  Boleh membezakan teori-teori pembelajaran yang berlainan, dan

4.  Mengetahui implikasi-implikasi pengajaran dari teori-teori pembelajaran

tersebut,

5. Boleh membezakan kaedah-kaedah pengajaran yang berlainan, dan

6.  Mengubal suatu pendekatan pengajaran yang bersepadu dengan

menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai.

Lima Matlamat Umum Pendidikan

(Five Broad Educational Goals)

  1. Menyampaikan Pengetahuan (Impart Knowledge)
  2. Memajukan Kemahiran-Kemahiran (Develop Skills)
  3. Memperbaiki Pemahaman (Improve Understanding)
  4. Meningkatkan Kemahiran Berfikir (Enhance Thinking Skills)
  5. Memperbaiki Komunikasi dan Kerja Berpasukan

(Improve Communication and Teamwork)

  1. I. PENDEKATAN PENGAJARAN

Prinsip-Prinsip Asas Latihan (Basic Training Principles)

  1. 1. Formula Latihan (Training Formula)

  1. 2. Peneguhan Positif/Bulatan Keyakinan (Positive Reinforcement/Confidence Circle)

  1. 3. Kesediaan (Readiness)

  1. 4. Tindakan Mengilap (Polishing Action)

  1. 5. 3 Jenis Latihan Asas (3 Basic Types of Training)

  1. 6. Langkah-Langkah Utama dalam Latihan (Major Steps in Training – PESOS Formula)
  1. 7. Akaun Kuasa Jurulatih (Power Bank Account)

  1. 8. Segi Tiga Utama (Priority Triangle)

  1. 9. Peraturan 80% (80% Rule)

  1. 10. Undang-Undang PARETO (Pareto’s Law)

  1. 11. Kelok Perubahan (Change Curve)
  1. 12. Peningkatan Sedikit Demi Sedikit dan Peraturan 7 (Incrementalism)

10 Prinsip Pembelajaran & Implikasi Kepada Latihan/Pengajaran

Berikut adalah prinsip-prinsip yang mengenalpasti syarat-syarat dalam mana pembelajaran berlaku dengan lancar. Syarat-syarat ini harus wujud untuk pembelajaran yang berkesan berlaku dan kesannya keatas pengajaran.

  1. 1. Pelajar (learners) mempunyai motivasi untuk belajar apabila mereka mengetahui tujuan pembelajaran, apabila mereka melihat nilai di dalamnya dan apabila mereka berjaya dalam pembelajarannya.

Motivasi Pelajar Untuk Belajar. Motivasi ini sepatutnya berkaitan dengan minat individu. Pelajar berupaya belajar walaupun di dalam situasi yang tertekan asalkan pembelajaran memenuhi keperluan mereka. Walaupun kemudahan dan program adalah yang terbaik, latihan/pengajaran boleh gagal jika pengisiannya tidak dilihat sebagai berguna kepada pelajar. Pastikan pelajar sedar akan objektif latihan/pengajaran. Nyatakan apa yang akan datang. Tentukan organisasi dan struktur kepada pembelajaran.

  1. 2. Pelajar (learners) menggunakan kesemua deria mereka untuk mempersepsi/menerima maklumat (information).

Gunakan imej dan pembelajaran visual. Kebanyakan orang menyukai pembelajaran visual sebab ianya meninggalkan kesan yang lebih lama keatas daya ingatan apabila mod ini digunakan.

  1. 3. Semua pelajar (learners) mempunyai pendekatan pembelajaran yang disukai.

Pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza untuk bertindak-balas kepada tiga bentuk maklumat; 1) tindakan fizikal, 2) visual, atau 3) bertulis/verbal. Mereka juga berbeza dari segi kadar penerimaan dan pemahaman maklumat.

Gunakan pelbagai kaedah latihan/pengajaran untuk mengelakkan kebosanan. Set semula jangkawaktu 15 minit (Reset the 15 minute time clock).

  1. 4. Pelajar (learners) boleh memproses sedikit maklumat pada sesuatu masa.

Gunakan Peraturan 7 dengan mengumpul pengisian ke dalam seksyen-seksyen kecil yang senang diajarkan. Biarkan pelajar praktikkan apa yang telah dipelajari sebelum memperkenalkan pengisian yang baru.

  1. 5. Pembelajaran adalah dipengaruhi oleh iklim dalam mana ianya berlaku.

Pastikan bahawa iklim fizikal dan emosional menyokong atau menggalakan pembelajaran. Jauhkan sebanyak mungkin halangan yang mungkin dan bina suatu iklim pembelajaran yang serius dan menyeronokkan.

  1. 6. Pelajar perlu dicabar dengan cara yang positif supaya pembelajaran boleh berlaku.

Wujudkan cara bagaimana pelajar boleh dicabar dan berkebolehan untuk berjaya. Tanggapan yang positif menjadi unsur motivasi yang kuat. Tanggapan yang rendah dan ketiadaan penghormatan akan mengurangkan motivasi.

  1. 7. Pembelajaran adalah suatu proses yang berterusan membentuk makna/pengertian melalui pengalaman.

Adakan maklumbalas. Maklumbalas harus semerta dan, jika boleh sentiasa positif. Ganjaran biasanya lebih berkesan daripada hukuman. Pelajar memerlukani peluang  kedua untuk mengamalkan selepas menerima maklumbalas.

  1. 8. Pelajar (learner) hendaklah terlibat secara aktif di dalam proses pembelajaran (aktiviti mental & fisikal).

Pastikan pelajar adalah aktif secara mental. Pelajar hendaklah menangani bahan pembelajaran secara aktif. Ini boleh diilakukan secara mental atau secara luaran melalui tulisan dan percakapan. Galakkan pelajar untuk mengajar pelajar yang lain. Pelajar yang mengajar orang lain belajar mempelajari lebih daripada pelajar yang mereka ajar. Tambahan pula, pelajar akan dapat membentuk suatu perasaan pencapaian dan percaya-diri.

  1. 9. Pelajar (learner) membawa ke setiap kelas suatu tahap keterampilan dan pengajar hendaklah membina ke atas keterampilan itu jika ingin pembelajaran berlaku.

Lakukan suatu analisis akan kebolehan, motivasi dan pengalaman terdahulu pelajar (learner) untuk mengenalpasti tahap pengisian dan aktiviti sesuai yang boleh dirancang.

  1. 10. Pelajar (learners) berkemungkinan untuk mengingati dan mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajarinya di dalam konteks dunia sebenar. Pembelajaran memerlukan pendedahan berganda kepada maklumat dan kemahiran baru di dalam konteks yang yang berlainan.

Praktikan latihan di dalam situasi yang realistik. Mempelajari konsep-konsep yang kompleks, tugasan, atau penyelesaian masalah memerlukan peluang untuk latihan praktik. Pengulangan mungkin perlu untuk menjadi lebih tepat dan pantas. Biasanya pengajar adalah tertekan untuk “memandatkan program” – untuk menggunakan setiap detik yang ada bagi “memaklumkan sesuatu kepada pelajar”.

“Teach more with less”

- teach the students more with less information & they will learn more

4 Phases of Learning

  1. The accumulation of DATA
  2. Its conversion into INFORMATION
  3. Its transfer into APPLIED KNOWLEDGE
  4. Its culmination in SHARED WISDOM

The Learning Process

FACTS: Finding the pieces

INFORMATION: Arranging the pieces

KNOWLEDGE: Applying the pieces

WISDOM: Integrating the pieces

The Learning Cycle

(Kitaran Pembelajaran)

PRESENT

(Tell)

Check for

Understanding

GUIDED MODEL

PRACTICE (Show)

(Do)

Bagaimana Kita Belajar?

Tiga (3) Pandangan Mengenai Pembelajaran

  1. 1. Teori Pembelajaran Tingkahlaku (Behavioral Learning Theory)

●        Lebih berminat kepada apa yang dilakukan oleh seseorang daripada apa yang difikirkannya.

●        Oleh yang demikian, perhatian ditumpukan untuk merencanakan pengajaran yang mengalakkan penghasilan tingkahlaku-tingkahlaku yang diingini dikalangan pelajar.

Model Yang Menjelaskan Pembelajaran Mengikut Pandangan Teori Pembelajaran Tingkahlaku

S                                              KOTAK HITAM                                        R

(Stimulus)                                                                                        (Respon)

Manusia belajar dengan mengaitkan kepada sesuatu ataupun hasil daripada akibat sesuatu (People learn by associating things or as a result of consequences).

Implikasi keatas Pengajaran:

●        Pengetahuan dan kemahiran (skills) yang diajar haruslah dibahagikan terlebih dahulu ke dalam bentuk pecahan-pecahan kecil, kemudiannya disampaikan satu demi satu dan diperkukuhkan (reinforce) secara sistematik sehingga prestasi (performance) pelajar mencapai tahap yang diingini.

●        Pengulangan (repetition) akan menghasilkan prestasi yang lebih baik.

●        Modifikasi Tingkahlaku – mengadakan ganjaran (rewards) untuk prestasi yang baik dan hukuman untuk sebaliknya.

Teori Pembelajaran Tingkahlaku amat sesuai untuk:

●        Menyampaikan Pengetahuan (Impart Knowledge)

●        Memajukan Kemahiran-Kemahiran (Develop Skills)

  1. 2. Teori Pembelajaran Kognitif (Cognitive Learning Theory)

●        Pembelajaran memerlukan pemprosesan maklumat secara sedar melalui deria kita.

●        Pelajar membina pemahaman mereka sendiri berasaskan pengetahuan dan pengalamannya yang lepas.

●        Kebolehan berfikir adalah kritikal untuk pembelajaran dan prestasi berkemahiran.

●        Penyusunan maklumat di dalam minda adalah penting.

Model Yang Menjelaskan Pembelajaran Mengikut Pandangan Teori Pembelajaran Kognitif:

Distractors (Gangguan)

Size: 7+/-2                   StoredSize:Unlimited

Working Memory

S S S SENSES                                   STM                                       LTM

(Multiple Stimulus) (Deria)                                  (IJS)                                    (IJPj)

(Short Term Memory) (Long Term Memory)

Ingatan Jangka Sementara     Ingatan Jangka Panjang

Distractors (Gangguan)

Recall (Ingat Semula)

Strategy to recall information

- analogies, acronyms,etc.

Black Box (Kotak Hitam)

Implikasi keatas Pengajaran:

  • Pengajaran hendaklah dibina di atas pengetahuan dan pengalaman yang lepas.
  • Pengajaran hendaklah mengambilkira pelbagai deria.
  • Maklumat hendaklah diperkenalkan sedikit demi sedikit.
  • Maklumat hendaklah disusunatur dengan sempurna (well organized).
  • Pengajaran hendaklah mengadakan pengalaman yang realistik.

Teori Pembelajaran Kognitif amat sesuai untuk:

●        Memperbaiki Pemahaman (Improve Understanding)

●        Meningkatkan Kemahiran Berfikir (Enhance Thinking Skills)

  1. 3. Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory)

Kini kita telah lebih sedar akan perbezaan antara bagaimana kita belajar di dalam dan di luar sekolah. Satu cara lain untuk memikirkannya ialah dengan membandingkan pembelajaran formal dan bukan formal (informal).

Ciri-Ciri Pembelajaran Formal

Pembelajaran formal biasanya adalah berasaskan kepada kelas dan sangat berstruktur. Ianya mempunyai matlamat pembelajaran (learning goals), amalan-amalan pengajaran (instructional practices), dan strategi-strategi pengurusan pendidikan yang direkabentuk untuk meningkatkan efisyensi pengajaran.

  • Pembelajaran formal menekankan tugasan dan penilaian individu.
  • Pengisian yang diajar di dalam situasi formal digubal berasaskan pelajar pertengahan (average student).
  • Pembelajaran formal adalah amat berstruktur dan tidak fleksibel. Kurikulum, objektif-objektif pembelajaran, dan keterampilan-keterampilan (competencies) adalah ditentukan sebelum pengajaran.
  • Pembelajaran formal adalah “teacher directed”, “authority driven”, dan dibina di atas falsafah “menyalurkan” ia itu pemindahan pengetahuan daripada minda pengajar kepada minda pelajar.
  • Pembelajaran formal berlaku di dalam situasi yang kekurangan konteks realiti hidup sebenar (Formal learning occurs in settings that lack the rich context of real life).

Ciri-Ciri Pembelajaran Bukan Formal (Informal)

Bukan semua pembelajaran berlaku di dalam situasi yang formal. Sehingga 90 peratus pembelajaran yang berlaku di tempat kerja adalah bukan formal. Apakah yang membuatkan pembelajaran bukan formal begitu berkeupayaan? Kita belajar begitu banyak dari situasi kerja dan rekreasi sebab ianya berlaku di dalam situasi yang ideal untuk pembelajaran: ia itu di dalam situasi yang melibatkan orang lain, masalah sebenar, dan juga peralatan serta penggunaan sumber. Apabila kita belajar secara bukan formal, kita memperolehi pemahaman melalui pengalaman dengan mencuba tindakan-tindakan dan kemudiannya mentafsiri atau menganalisis pengalaman itu di dalam konteks akibat dari tindakan kita.

●        Pembelajaran bukan formal boleh berlaku pada bila-bila masa atau di mana-mana.

●        Pembelajaran bukan formal biasanya melibatkan interaksi dengan orang lain.

●        Membina kemahiran-kemahiran dalam kerjasama, kolaborasi, pengamatan, perkongsian dan perundingan.

●        Pembelajaran bukan formal adalah berasaskan sesuatu projek atau tugasan.

●        Pembelajaran bukan formal berlaku di atas dasar “perlu untuk mengetahui sesuatu”.

Unsur-Unsur Pengajaran dari Teori Pembelajaran Sosial

Keempat-empat unsur berikut adalah kritikal untuk pembelajaran sosial. Pengajaran boleh dibina untuk setiap satu daripada unsur-unsur ini secara bebas. Walau bagaimanapun apabila digandingkan, situasi (environmen) pembelajaran yang terbentuk akan menjadi lebih upaya.

Pembelajaran Mengikut Situasi (Contextual Learning)

l       Kepakaran terbentuk melalui interaksi dengan alam sekitar, bukan apabila dipencilkan dirinya.

l       Kita belajar secara terbaik daripada situasi dan permasalahan yang sebenar.

l       Pembelajaran mengikut situasi membantu kita menangani masalah pemindahan dengan belajar di dalam situasi yang menggambarkan bagaimana pengetahuan itu akan digunakan di dalam dunia sebenar.

l       Pendekatan pengajaran yang dibina berdasarkan pembelajaran mengikut situasi ialah latihan praktikum/industri, pembelajaran setempat (situated learning), “internship or housemanship” dan “cognitive apprenticeship”.

“As we interact in a contextually rich learning environment, we pick up relevant jargon, immitate behavior and gradually start to act in accordance with the norms of the cultural setting”, Brown, Collins & Duguid (1989)

Pembelajaran Rakan Sebaya (Peer-Based Learning)

l       Semua aktiviti-aktiviti kognitif adalah didefinisi, ditafsir dan disokong secara sosial.

l       Pembelajaran rakan sebaya termasuk berkerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat pembelajaran dan pendekatan sepasukan ini membuatkan program pengajaran/latihan lebih realistik.

l       Salah satu sebab pelajar belajar dengan baik apabila bekerjasama dengan orang ialah kerana banyaknya percakapan yang berlaku (verbalization of thoughts).

l       Peranan pengajar ialah untuk turut serta sebagai rakan sebaya, memantau aktiviti, dan sebagai fasilitator atau moderator sekiranya perlu.

“We learn from the company we keep”. Smith (1992)

Amalan Berasaskan Aktiviti (Activity-Based Practice)

l       Wujud satu andaian akan pemisahan di antara mengetahui dengan melakukan sesuatu di dalam pendidikan. Mengetahui adalah lebih dinilai daripada melakukan sesuatu.

l       Aktiviti itu harus diarahkan kepada merekabentuk atau membina sesuatu projek atau produk dan ianya melibatkan pengintegrasian pengetahuan dan kemahiran.

l       Misalannya ialah pembelajaran secara “discovery”, pengajaran tematik dan “project-based learning”.

“People who use tools build an increasingly rich understanding of the world. Learning is a continuous, life-long process resulting from activity in different situations”.

Brown, Collins & Duguid (1989)

Pembelajaran Melalui Amalan Reflektif (Learning Through Reflective

Practice)

l       Biasanya orang yang tidak memikirkan akan pengalaman mereka, gagal mempelajari sesuatu dari pengalamannya.

l       Amalan adalah dipengaruhi oleh refleksi kita akan sesuatu situasi.

l       Adalah bermanfaat untuk secara jelas dan terus mengajar pelajar kedua-dua konsep metakognisyen dan proses-proses metakognitif.

“There ia a big difference between having experiences and learning from them”.

Marsick & Watkins (1991)

The Learning Pyramid

(Tatatingkat Pembelajaran)

Average

Retention

Rate

Lecture                                                                                5%

Reading                                                                              10%

Audio-Visual                                                                         20%

Demonstration                                                                        30%

Discussion Group                                                                   50%

Practice By Doing                                                                  75%

Teach Other/Immediate Use                                                               80%

Rujukan: Meister, J.C. (1998) Cooperate Universities: Lessons In Building A

World-Class Work Force. McGraw Hill, New York

  1. II. STRATEGI PENGAJARAN

Bahagian kedua kertas kerja ini akan membicarakan secara ringkas prinsip-prinsip pengajaran dan membuat huraian keatas beberapa kaedah pengajaran sama ada berpusatkan pengajar ataupun pelajar. Ianya juga akan membincangkan kebaikan dan

kelemahan sesuatu kaedah pengajaran itu.

Saya ingin menyingkap kembali empat tahun dahulu dalam satu  Bengkel Meningkatkan Mutu Pengajaran UPMT (1998), dimana satu kertaskerja bertajuk “Pengajaran Yang Tinggi: Suatu Input Perbincangan”, telah dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Sulaiman M. Yassin dan rakan-rakannya. Dalam kertaskerja tersebut, beliau menyatakan pengajaran adalah suatu bentuk komponen ‘core-business’ sesebuah universiti yang dianggap penting untuk dilaksanakan oleh setiap tenaga pengajar. Antara lain isu-isu utama dalam pengajaran yang dibincangkan dalam kertaskerja ini ialah akauntibiliti, beban tugas mengajar, perkembangan teknologi, peruntukan universiti, dan ketidaksamarataan di antara pelajar. Berkaitan dengan pengajaran di universiti, beliau menyentuh tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran, daya mengadaptasi bahan dan kaedah, dan kaedah-kaedah yang biasa digunakan. Salah satu kaedah yang disarankan oleh beliau pada ketika itu yang menarik perhatian saya ialah ‘Penggunaan Internet’ dalam proses pengajaran. Kita semua sedia maklum pada hari ini penggunaan ‘internet’ adalah amat penting dalam persediaan pengajaran kita dimana setiap tenaga pengajar dalam

universiti ini disediakan dengan sebuah komputer.

Selain daripada itu, dalam kertaskerja tersebut, beliau juga menyentuh tentang penilaian pengajaran, portfolio pengajaran, prinsip-prinsip pengajaran, dan implikasi pengajaran kepada komuniti universiti. Salah satu cadangan beliau yang kita semua berminat ialah pengiktirafan pengajaran oleh sistem governans universiti di dalam tatacara kenaikan pangkat. Perkara yang menjadi titik tolak dalam kertaskerja saya pada hari ini ialah persoalan-persoalan (quo vadis) yang dikemukakan pada akhir kertaskerja tersebut, ia itu:

●        Adakah kesarjanaan pengajaran satu iltizam KUSTEM?

●        Adakah pengajaran memerlukan penilaian?

●        Adakah portfolio pengajaran sesuai?

●        Bolehkah pengajaran diberikan galakan?

Anda semua renungkanlah akan jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dan mengikuti seterusnya perbincangan mengenai strategi pengajaran. Saya ingin mengulangi dan menekan semula beberapa perkara daripada kertaskerja tersebut.

Antaranya ialah:

Prinsip-Prinsip Pengajaran:

  1. Mempastikan penyertaan aktif pelajar dalam proses pengajaran.

Penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran perlu dipertingkatkan supaya mereka lebih aktif. Pengajar bertanggungjawab melibatkan pelajar dalam pengajaran

supaya pealajar sentiasa cergas dari segi mental sepanjang masa.

  1. Pengajar hendaklah mempelbagaikan kaedah dalam penyampaian pengajaran.

Dalam penyampaian penganjaran tidak ada satu kaedah tertentu yang benar-    benar sesuai untuk semua pelajar pada setiap masa. Pengajar perlu         mempelbagaikan kaedah pengajarannya mengikut keadaan pelajar, jenis

pelajaran, waktu mengajar dsbnya.

  1. Mengaitkan pengisian pengajaran dengan pengalaman pelajar.

Pelajaran akan lebih bermakna sekiranya dikaitkan dengan pengalaman yang ada          pada pelajar. Oleh itu pengisian pengajaran hendaklah disokong dengan contoh-

contoh yang telah mereka alami.

  1. Pengajaran hendaklah memberi pertimbangan kepada perbezaan sifat-

sifat individu yang ada pada pelajar.

  1. Pengajaran haruslah dirancang terlebih dahulu.
  2. Pengajar hendaklah lebih banyak menggunakan saranan-saranan

daripada perintah

  1. Mengadakan suasana demokratik dalam kelas.
  2. Sentiasa memberi galakan kepada pelajar.
  3. Menggalakan integrasi pengetahuan para pelajar.
  4. Memikat dan mengekalkan penghormatan pelajar (kredibiliti & integriti

pengajar).

Implikasi Pengajaran Kepada Komuniti Universiti

●        Kemahiran pengajaran boleh dipelajari.

●        Kesarjanaan pengajaran adalah amat penting kepada pengajar dan universiti.

●        Kaedah pengajaran akan senantiasa diperbaharui dengan perkembangan teknologi.

●        Kersarjanaan pengajaran membuat Universiti lebih berdaya saing.

Kaedah-Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pengajar (Teacher-Centered)

  1. Syarahan/Kuliah (Lecture)
  2. Demonstrasi (Demonstrations)
  3. Perbincangan Panel (Panel Discussion)
  4. Soal Jawab (Questions & Answers)
  5. Pembentangan (Presentations)
  6. Lawatan Bimbingan (Guided Tour)

Kaedah-Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar (Learner-Centered)

  1. Perbincangan Kumpulan (Group Discussion)
  2. Simulasi (Simulations)
  3. Latihan Aprentis (Apprenticeship)
  4. Main Peranan (Role Play)
  5. Kajian Kes (Case Studies)
  6. Sumbang Saran (Brainstorming)
  7. Pembelajaran Jarak Jauh (Distant Learning)
  8. Lawatan ke Lapangan (Field Trip)
  1. A. SYARAHAN/KULIAH (LECTURE)

Syarahan atau kuliah bukannya satu ucapan formal. Ianya melibatkan perancangan dan penyampaian sesuatu persembahan dalam kelas yang mengutamakan kepentingan interaksi antara pengajar dengan pelajar. Berikut adalah cadangan atau panduan dalam membuat persediaan dan penyampaian syarahan/kuliah yang berkesan. Sesuatu syarahan/kuliah terbahagi kepada tiga (3) fasa ia itu; pengenalan, pengisian kuliah (isi kandungan), dan penutup.

Pengenalan – Permulaan Syarahan/Kuliah

  1. Mulakan kuliah dengan pengenalan yang boleh menarik minat atau menangkap

perhatian pelajar (capture student’s interest).

Cadangan: Timbulkan satu persoalan yang akan dijawab pada akhir kuliah.

Misalan: “Pada akhir kuliah ini anda akan dapat menjawab persoalan ini, ‘Adakah soalan-

soalan esei lebih baik daripada soalan-soalan objektif dalam ujian?’”

Cadangan: Terangkan perkaitan atau relevannya pengisian kuliah dengan tugasan, kerja

makmal, pemajuan profesyen atau keadaan sebenar, etc.

Misalan: “Kuliah hari ini ialah berkaitan dengan kos sara hidup, satu tajuk dalam

ekonomi mikro yang dapat membantu anda memahami perbincangan

Belanjawan Tahunan 2002 baru-baru ini.”

Cadangan: Kaitkan pengisian kuliah dengan bahan-bahan kuliah yang lepas.

Misalan: “For the past few weeks, Skinner, Osgood and others who take a behaviorist

view of language acquisition have occupied our attention. Today, let’s look at a

different perspective on language acquisition and learning.”

  1. Sediakan ringkasan pengisian kuliah sama ada secara verbal, atau ‘handout’, atau

dengan menulis rangka pengisian kuliah dipapan putih.

Misalan: “Rekabentuk penyelidikan adalah satu rancangan(pelan), struktur dan strategi

penyiasatan saintifik. Pada kuliah hari ini kita akan berbincang mengenai apa itu

rancangan(pelan), struktur dan strategi penyelidikan yang saintifik.”

  1. Beritahu pelajar bagaimana anda hendak mereka mengaplikasikan bahan-bahan

dari kuliah.

Misalan: “Hari ini saya akan menghuraikan satu model penilaian dan membuat ilustrasi                                  bagaimana model ini boleh diaplikasikan dalam beberapa situasi yang berlainan.                  Apabila berbincang dalam kumpulan, anda dikehendaki mengaplikasikan model

ini dalam tugasan projek pembangunan komuniti.”

  1. Memberi penjelasan atau definisi terminologi baru.

Misalan: “Satu konsep asas dalam persampelan ialah pemilihan secara rawak (random

selection) bermaksud setiap unit/individu dalam populasi kajian yang belum                                    terpilih mempunyai peluang atau kebarangkalian yang sama untuk dipilih                                   dengan unit/individu yang lain secara bebas sebagai sampel kajian.”

Pengisian Kuliah – Isi Kandungan Syarahan/Kuliah

PENYUSUNAN (Organization)

  1. Beri sedikit fleksibeliti atau kelonggaran dalam pengisian kuliah yang disampaikan

supaya ada ruang untuk pelajar bertanya atau memberi komen.

  1. Tentukan “key points” yang ingin dihuraikan semasa sesi kuliah. Apabila sesuatu topik dibincang secara terperinci, atau bila terlalu banyak ide di sampaikan dan tidak dihuraikan dengan jelas dan sempurna, pelajar selalunya akan hilang

tumpuan dari ide utama yang ingin dikemukakan.

  1. Menyusun bahan pengisian kuliah dalam urutan yang logikal. Berikut adalah beberapa cadangan skima penyusunan isi kandungan kuliah:
 

Sebab-Akibat:

(Cause-Effect)

Misalan:

Urutan Masa:

(Time Sequential)

Misalan:

Berasaskan Topik:

(Topical)

Misalan:

Masalah-Penyelesaian:

(Problem-Solution)

Misalan:

Membanding-Bertentangan:

(Compare-Contrast)

Misalan:

 

 

Peristiwa atau perkara diterangkan dengan merujuk kepada

asal usulnya.

Struktur pentadbiran semasa penjajahan British sebelum kemerdekaan ada meninggalkan kesan keatas budaya kerja dikalangan kakitangan kerajaan.

Ide-ide kuliah disusun secara kronologikal.

Seseorang pensyarah menerangkan langkah-langkah dalam model penyeliaan, menghuraikan langkah-langkah awal, langkah kedua, ketiga, dan seterusnya.

Tumpuan berturut-turut keatas unsur-unsur yang sama/selari

dalam perbincangan topik yang berlainan.

Seorang profesor menyampaikan kuliah berkaitan dengan ciri-ciri dalam beberapa peringkat pembangunan komuniti luarbandar akan bercakap mengenai faktor-faktor kerjasama, kesedaran, kepemimpinan, memperkasakan komuniti, etc.

Pernyataan sesuatu masalah hendaklah diikuti dengan

beberapa alternatif penyelesaian.

Satu kuliah mengenai krisis ekonomi negara dalam tahun 1997 akan dimulakan dengan menyatakan masalah Dasar Ekonomi Negara dan diikuti dengan beberapa alternatif penyelesaian untuk mengatasinya.

Penyampaian satu topik perbincangan melibatkan dua-belah pihak.

Satu kuliah mengenai kaedah pengajaran Syarahan/Kuliah akan membincangkan kebaikan dan kelemahan kaedah tersebut dalam pengajaran.

 

Meningkat-Menurun:

(Ascending-Descending)

Misalan:

Peraturan-Contoh-Peraturan:

(Rule-Example-Rule)

Misalan:

 

Topik-topik kuliah/syarahan disusunatur mengikut keutamaan,

kebiasaan, atau kompleksiti.

Satu kuliah Kimia boleh bermula dengan pertama memberi definisi atom, kemudian diikuti elemen, seterusnya molekul dan diakhiri dengan sebatian.

Peraturan dinyatakan, diikuti dengan contoh; kemudian peraturan diberi penekanan semula.

“A chemistry lecture may begin with the rule that atoms of unlike charges (anions and cations) are attracted to each other. The rule would then be illustrated using sodium (cation) and chloride (anion) which make common salt (NaCl). The rule that cations and anions are attracted to each other would then be repeated.

  1. Sediakan beberapa contoh atau misalan untuk menjelas dan menekankan ide-ide

utama.

  1. Adakan transisi bagi menunjukkan kesinambungan atau perkaitan antara ide-ide.
  2. Pengabungan alat pandang dengar (audio-visual) atau bahan-bahan sokongan

(support materials) secara berkesan.

  1. Semak pemahaman pelajar semasa syarahan/kuliah dengan:
  1. Bertanyakan pelajar untuk menjawab soalan-soalan yang spesifik.

Misalan: “Baiklah sekarang, siapa boleh menerangkan secara ringkas Teori                                       Pembelajaran Kognitif?”

  1. Minta pelajar bertanyakan soalan-soalan: Bantu pelajar mengubal soalan-

soalan mengenai perkara yang mereka tidak faham.

Misalan Tak Baik: “Ada apa-apa soalan?”

Misalan Yang Baik: “Adakah anda mempunyai kemuskilan berkaitan cadangan skima

penyusunan isi kandungan kuliah?”

  1. Mengadakan masalah atau situasi dimana pelajar perlu guna semula bahan-

bahan kuliah/syarahan untuk mendapat penyelesaian.

Misalan: “Kita telah berbincang dengan panjang lebar berkaitan dengan pendekatan                          dan strategi pengajaran. Bagaimanakah anda boleh guna apa yang telah                        dipelajari dalam menyediakan satu pembentangan mengenai rancangan

pengajaran kursus yang dipilih ?”

  1. Memerhatikan reaksi pelajar (nonverbal cues) seperti tanda-tanda kekeliruan,

kurang tumpuan atau salah faham….

Misalan: Mimik muka berkedut, hilang kontek mata, bercakap, kelamkabut mengambil           nota, asyik melihat jam dan sebagainya.

Penutup Kuliah – Menamatkan kuliah

  1. Menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pada awal kuliah.
  1. Menamatkan sesi kuliah dengan cadangan-cadangan berikut:
  1. Merumuskan sesi kuliah secara ringkas dan buat “preview” kuliah akan

datang.

Misalan: “Hari ini saya telah mengenalpasti lima fasa dalam proses pemikiran reflektif.                                   Pada kuliah akan datang kita akan bincang bagaimana ianya digunakan untuk                             memahami pembelajaran seseorang.”

  1. Mengait semula bahan kuliah ke sesi yang lepas atau yang akan datang.

Misalan: “Pada sesi IV nanti, kumpulan anda bersama coach akan berbincang untuk                                       menyediakan bahan persembahan berkaitan pendekatan dan strategi                                               pengajaran dan berpeluang mengaplikasi apa yang telah dipelajari dalam sesi                                       saya pagi ini.”

  1. Minta pelajar merumuskan perkara/ide utama kuliah.

Misalan: “Siapa yang boleh membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari dalam                                  sesi kuliah ini.”

  1. Menekan semula apa yang diharapkan pelajar perolehi daripada kuliah.

Misalan: “Sepertimana saya nyata dalam pengenalan tadi, dengan pengetahuan mengenai                 pendekatan dan strategi pengajaran saya berharap anda semua mampu                              menyediakan satu persembahan yang baik pada sesi akan datang nanti.”

  1. Bertanya dan menjawab soalan-soalan dari pelajar.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH SYARAHAN/KULIAH

Kebaikan: Kuliah yang berkesan…….

●        Menyalur penyebaran maklumat serta bahan-bahan yang terkini.

●        Membenarkan pengajar menentukan objektif, pengisian, penyusunan, dan

arahtuju sesuatu penyampaian.

●        Berguna untuk merangsang minat terhadap sesuatu subjek.

●        Memperkukuh penjelasan bahan-bahan teks.

●        Membantu pembelajaran individu yang bergantung kepada pengajaran

berstruktur.

●        Membenarkan peningkatan dalam mempelajari konsep-konsep dan teori-teori

yang kompleks.

●        Membenarkan penyampaian banyak bahan kepada kumpulan pelajar dalam jangkamasa yang terhad.

Kelemahan: Walau bagaimanapun kuliah juga…..

●        Boleh menjadikan pelajar pasif oleh sebab kurang tumpuan.

●        Menggalakan komunikasi sehala.

●        Memerlukan pengajar yang mahir berucap dan menulis.

●        Memberi tanggungjawab menyusunatur dan mengabung pengisian kuliah keatas pengajar.

  1. B. PERBINCANGAN KUMPULAN (GROUP DISCUSSION)

Perbincangan kumpulan ialah pertukaran ide-ide secara verbal, pendapat atau pandangan, perkara utama dan persepsi dengan tujuan untuk menjelas dan memperkayakan pemahaman keatas pengisian sesuatu kursus.

Mengapa ada Perbincangan Kumpulan?

  1. Untuk memberitahu.
  2. Untuk menggiat dan merangsang.
  3. Untuk mengetahui pendapat/pandangan lain.
  4. Untuk memajukan kreativiti.
  5. Untuk berkongsi ide.
  6. Untuk memajukan kerjasama.

Bagaimana Kawal Aliran Perbincangan?

  1. Bertanya soalan (factual, evaluative, interpretive).
  2. Soalsiasat untuk mendapat maklumat lanjut (follow-up, repeat, prompt).
  3. Guna bahasa badan.
  4. Berdiam diri.

Teknik-Teknik Memimpin Perbincangan

●        Penyusunan tempat perbincangan (room arrangement)

●        Suasana yang selesa – tidak mengancam (non-threatening atmosphere)

●        Memerhatikan bahasa badan (observe body language)

●        Rancang soalan-soalan kunci terlebih dahulu (plan key questions in advance)

●        Minta pelajar menulis respon-respon sebelum bertanya soalan

●        Guna masa menunggu bersesuaian (use appropriate wait time)

Teknik-Teknik Menyoal (Questioning Techniques)

●        Clarifying

●        Redirecting

●        Probing

●        Reviewing

●        Paraphrasing

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PERBINCANGAN KUMPULAN

Kebaikan:

●        Memberi peluang setiap pelajar untuk turut serta.

●        Mengabungkan segala pengetahuan, kebolehan dan pelbagai pengalaman kelas.

●        Memberi rasa giat serta rangsangan yang tinggi sekiranya dirancang dan disusunatur dengan sempurna.

●        Mengekal minat dan penglibatan pelajar.

●        Penyerlahan daya sumber pelajar untuk dikongsi bersama.

●        Membuat pemerhatian keatas pembelajaran

Kelemahan:

●        Boleh bertukar menjadi satu perbalahan sekiranya suasana tidak terkawal.

●        Perbincangan mungkin dikuasai (dominasi) oleh beberapa orang pelajar.

●        Perbincangan yang efektif ditentukan oleh saiz kumpulan yang kecil. Saiz yang dianggap optima ialah tujuh orang.

●        Perkara-perkara penting boleh jadi terkeliru atau hilang.

●        Kawalan masa merumitkan.

●        Boleh menjadi satu aktiviti yang memakan masa yang lama.

Kenalpasti dua situasi dimana kaedah perbincangan kumpulan boleh dianggap berguna dalam pengajaran anda?

  1. C. KAJIAN KES (CASE STUDIES)

Kajian kes adalah satu kaedah pengajaran dimana pelajar-pelajar diberi maklumat mengenai satu situasi yang mana mereka dikehendaki membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berkaitan situasi tersebut. Biasanya kajian kes berkait rapat dengan situasi-situasi realiti hidup sebenar tetapi para pengajar lebih cenderung mengelak isu-isu sebenar dengan berbicara secara konsepsual (theoritical) daripada aplikasinya sendiri. Sesuatu kajian kes lazimnya akan menghasilkan satu keputusan, cadangan, ataupun satu pelan tindakan. Kajian kes boleh jadi ringkas (pendek) ataupun panjang.

Menulis Satu Kajian Kes

Biasanya satu kes dirangka berkisarkan satu situasi konflik dimana unsur-unsur berikut perlu diberi penekanan:

  1. Fakta (Facts). Kenalpasti fakta asas latarbelakang sesuatu situasi. Adakala pengajar lebih suka tokok tambah fakta dan keadaan untuk menjadikan kes lebih realistik, tetapi kebanyakan pengajar menghadkan kes kepada fakta-fakta yang diperlukan sahaja.
  2. Perasaan (Feelings). Satu aspek penting dalam kajian kes ialah pertimbangan keatas kepentingan perasaan. Perasaan setiap pihak yang terlibat dalam kes harus digambarkan dengan jelas (sama seperti fakta) terhadap masalah yang dihadapi.
  3. Hubungan (Relationships). Hubungan manusia merupakan asas penting dalam kajian kes. Adakalanya tindakan-tindakan sepatutnya tidak boleh diambil oleh sebab percanggahan interaksi antara pihak-pihak yang terlibat dalam konflik. Hubungan yang sedemikian perlu dinyatakan dengan jelas dalam bahan-bahan kes. Kajian kes mesti menggambarkan keadaan yang realistik kepada pelajar. Oleh yang demikian, masalah yang dikaji dalam kajian kes perlu mendapat perhatian segera pelajar.

Merangka Satu Kajian Kes

Kajian kes boleh dilihat dari sudut yang mempunyai satu siri berstruktur:

  1. Struktur Masa (Time Structure). Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kes mengikut sesuatu rangkaian (sequence) masa, dan rangkaian masa ini mestilah jelas kepada pelajar. Penulis boleh mulakan satu peristiwa yang berlaku baru-baru ini sebagai titik tolak dalam rangkaian masa sebenar dan melalui ‘flashback’ menunjukkan situasi asal usulnya. Ini akan dapat menarik minat pelajar.
  2. Struktur Naratif (Narrative Structure). Perlu ada jalan cerita dalam sesuatu kes. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dan keadaan-keadaan dimana ianya berlaku perlu di nyatakan dalam bentuk jalan cerita yang senang difahami. Pelajar-pelajar tidak celik akal seperti penulis mengenai jalan cerita kes tersebut. Oleh yang demikian, penulis perlu menonjolkan masalah dalam satu bentuk yang mudah ditangkap oleh pelajar.
  3. Struktur Plot (Plot Structure). Penulis yang mahir akan membentuk satu plot drama mengenai masalah yang ingin diselesaikan. Ini dapat mengekalkan minat pelajar terhadap kes tersebut.

Prosedur Menulis Satu Kajian Kes

Prosedur menulis satu kajian kes meliputi tiga langkah berikut:

Langkah 1.

Beri huraian ringkas individu-individu yang terlibat dalam kes serta peranannya.    Ini termasuk juga pernyataan isu utama kes, misalannya, satu masalah sosial    dikalangan remaja.

Langkah 2.

Sediakan maklumat mengenai latarbelakang (fakta dan perasaan) berkaitan       individu-individu dan situasi atau keadaan yang berlaku.

Langkah 3.

Jelaskan perkembangan tambahan berkaitan isu utama kes dan diakhiri dengan satu pernyataan atau perenggan yang mengambarkan keputusan yang perlu          dibuat atau dengan menimbulkan persoalan-persoalan yang khusus.

Kes harus ditulis secara deraf terlebih dahulu berdasarkan maklumat asas yang diperolehi. Kemudian pengajar sendiri akan membuat analisis dan mencari penyelesaian kepada kes tersebut. Analisis dan penyelesaian ini mestilah lengkap dan sempurna berasaskan kes. Dengan demikian apa-apa kelemahan atau kekurangan dalam deraf kes dapat diperbaiki. Pengajar seterusnya menyiapkan kajian kes yang muktamad daripada deraf tersebut.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH KAJIAN KES

Kebaikan:

●        Memerlukan penyertaan pelajar secara aktif.

●        Membuat pemerhatian keatas pembelajaran.

●        Merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokan.

Kelemahan:

●        Maklumat mestilah tepat dan dikemaskinikan.

●        Pelajar akan menaruh minat yang begitu mendalam terhadap pengisian kes.

●        Membentuk kajian kes yang berkualiti adalah rumit dan memakan masa lama.

Huraikan secara ringkas dua situasi dimana kaedah kajian kes boleh dianggap berguna dalam pengajaran anda?

KESIMPULAN

Setelah mendapat pendedahan kepada beberapa prinsip latihan, konsep, dan teori-teori pembelajaran, anda akan berupaya merencana satu Pendekatan Pengajaran yang bersepadu dengan mengabungkan beberapa kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan kursus serta memenuhi kehendak-kehendak pelajar. Adalah diharapkan anda akan sentiasa terus mempertingkatkan kemahiran mengajar dengan meneroka dan mencuba strategi-strategi yang baru hasil daripada penyelidikan dan kemajuan dalam teknologi pendidikan.

“I strongly believe every participant attending this training workshop who is now a Teacher by profession inspires to become a true Educator one day”.

RUJUKAN

Daimond, N.A.,Ory, J.C. & Sharp, G.1983.Improving Your Lecturing. Office of Instructional & Management Services,University of Illinois at Urbana-Champaign.

Johnson, S.D.1991. Technology Education as Viewed Through the Lens of an Intellectual Process Curriculum Theory. Paper presented at the annual meeting of the International Technology Education Association, Salt Lake City, Utah.

Johnson, S.D., & Thomas, R.G.1994. Implications of Cognitive Science for Instructional Design in Technology Education. Journal of Technology Studies.20(1):33-45.

Johnson, S.D.1996. Technology Education as the Focus of Educational Research. The Technology Teacher Journal.55(8):47-49.

Johnson, S.D.1997. Learning Technological Concepts and Developing Intellectual Skills. International Journal of Technology and Design Education.7:161-180.

M.J.deVries & A.Tamir(Ed).1997. Shaping Concepts of Technology: From Philosophical Perspective to Mental Images. Dordrecht, The Netherlands: Kluwer Academic Publishers.

Sulaiman M.Yassin, Salleh Lebar, & Tg.Sarina Aini Tg.Kassim.April,1998. Pengajaran Yang Tinggi: Suatu Input Perbincangan. Kertaskerja di Bengkel Meningkatkan Mutu Pengajaran UPMT,Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.


[1] Kertas Kerja Bengkel Pendidikan & Multimedia Ke-3 Fasa I (31Mac – 9April, 2002)

[2] Pensyarah Jabatan Pengajian Am, FPE, KUSTEM

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Email:

rppguswur@gmail.com

Belajar Inggris

BelajarInggris.Net 250x250

Blog Stats

  • 1,316,429 hits

Pengunjung

free counters

blogstat

Alexa Certified Site Stats for www.aguswuryanto.wordpress.com

Incoming traffic

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 142 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: